
Kalau ada lagi yang belum tahu pasal event ni, harap gua masih belum terlambat untuk menghebahkannya. Tahu apa twtup? Taktahu? Okau gua nak explain la ni. TweetUp tu sebenarnya adalah salah satu event yang di buat oleh penggemar-penggemar twitter untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain dalam dunia sebenar, Kira macam Gathering jugak la. Tapi benda ni untuk twitter dorang panggil twtup. Tahu dah?
Okay pada 28hb April ni akan diadakan satu twtup yang digelar #twtupipoh yang akan bertempat di ipoh. Memang la diipoh, takkan twtup ipoh kat kelantan pulak kan? Banyak aktiviti menarik kat #TwtUpIpoh ni antaranya ada job fair, tournament DOTA, tournament PES, Speed Dating dan memacam lagi aktiviti.
Selain tu ada jugak artis yang kan datang untuk memeriahkan lagi event ni seperti The Fabulous Cats, Imran Ajmain dan gua sendiri (ayat bajet artis)
Jadi Details untuk event ni adalah seperti berikut :
Tarikh: 28 April 2012,
Masa: 10am – 10pm
Lokasi: P.O.R.T Ipoh, No. 9 dan 11 Jalan Sultan Azlan Shah (Tiger Lane), Ipoh Perak.
Koordinat: +4° 34′ 50.73″, +101° 6′ 26.31″ (4.580759, 101.107309)
Laman Twitter Rasmi: @TwtupIpoh
Laman Facebook Rasmi: TwtupIpoh
Hashtag Twitter Rasmi: #TwtupIpoh
Laman RVSP: RVSP TwtupIpoh
Gila tak gila gua siap bagi kordinat ikut google map lagi tu. Kalau luorang taktau jugak boleh tengok map kat bawah ni kot paham sket.

Jangan lupa follow gua kt twitter jugak. @AmalEspraza . Kalau luorang pegi nanti jangan lupa jumpa gua tegur. Jangan mintak sign depan orang ramai pulak. Nanti kantoi la gua artis <—-harap jangan mencarut dengan ayat tu. Bebudak twtup ni dah buat memacam untuk menjayakan event ni. Antaranya dorang dah dapatkan Pass untuk entertainment dari PDRM ipoh. So menjadikan event ni adalah event yang sah disisi undang-undang.
Jom layan Teaser #TwtUpIpoh :
Okay tu sahaja. Kalau korang nak pegi jangan lupa klik link RSVP kat atas tu yer. Senang dorang nak count nanti. Pastu datang tu jangan lupa register pulak. Okay bye!
{ 2 comments… read them below or add one }
nak jumpa retis amal jek.
jangan la jangan laaaaa.kikiki. lahanat je lalan