
Assalamualaikum..
Bersempena tahun melawat Perak ni, rasanya eloklah sebagai anak jati Perak,aku promosikan beberapa tempat menarik yang berdekatan dengan tanah kelahiran aku Gerik Perak. Sebenarnya banyak tempat menarik yang ada di kawasan kelahiran aku. Antaranya sempadan Malaysia – Thailand, Satu satunya jalan ke pantai timur disebelah utara, penemuan rangka manusia tertua di Malaysia iaitu Perakman, dan macam-macam lagi. Tetapi aku suka nak share pasal aktiviti lasak seperti memancing, berkayak, berkhemah didalam hutan etc sebabnya benda macam ni lagi digemari oleh semua peringkat umur.
Jadi aku membuat keputusan untuk berkongsi tentang kehebatan dan rahsia alam yang terdapat di Tasik Banding, The Royal Belum. Banyak benda yang menarik di sini sebenarnya yang kurang pendedahan dibuat oleh kerajaan.Ya lah,nak salahkan kerajaan pun takboleh,mereka iklankan di TV, bukan 24jam pun kita tengok TV kan? Jadi, meh nak tulis kat internet pulak supaya tasik banding di jadikan sebagai lokasi menarik untuk anda dan keluarga anda bercuti.
Aktiviti Memancing
Ramai yang meminati aktiviti ini.Sememangnya Tasik Banding ini terkenal dengan kekayaan jenis-jenis ikan yang menjadi buruan kaki joran seluruh Malaysia. Sehinggakan mendapat liputan ke luar negara. Sayangnya, anak watan sendiri tak pernah menjejakkan kaki ke sini. Kalau sebut je Sebarau, Kelah, Baung Tasik,sememangnya kita dapat bayangkan saiznya macam mana. Aku sendiri pernah ke sini untuk merasai sendiri pengalaman memancing seharian di Tasik Banding ini. Walaupun hanya tidur di dalam bot yang hanya muat 5 orang, tapi ianya adalah pengalaman yang cukup menarik.
Tasik Banding menjadi tumpuan kerana kakayaan tasik ini dengan ikan Toman. Ikan toman ni kalau korang nak tau,salah satu ikan yang kuat melawan bila di pancing. Itu sebenarnya yang menjadi kegilaan pemancing pemancing. Ikan Toman ni memang ganas sikit. Bila kita buang umpan di depan dia, memang dia hangin satu badan, so dia ngap jer la. Hehe. Susah nak faham sebenarnya ikan-ikan ni. Tapi bila sekali dah faham, jangan salahkan orang lain kalau setiap kali hari minggu jer nak turun memancing.
Ini aku sertakan satu video memancing di Tasik Banding yang aku sempat tengok di youtube. Kalau korang search kat youtube tu perkataan “Tasik Banding” korang tengok lah sendiri betapa banyaknya video memancing yang tersedia di situ.
Boat House Tasik Banding

Bila sebut pasal HouseBoat, sememangnya semua menggambarkan sesuatu yang tak pernah terlintas di kepala sebelum ini. Ya,memang wujud rumah atas air yang bergerak ni. Cuma yang ni aku belum merasa naik benda alah ni. Walaupun sedara aku salah sorang driver Boat House ni, tapi disebabkan kesibukan belajar, aku masih tak berpeluang nak naik benda ni.
Dikhabarkan setiap satu boat house ni boleh memuatkan 12-20 orang dalam satu satu masa. Di dalam boat House ni jugak terdapat pelbagai kelengkapan yang sememangnya disediakan untuk keselesaan pengunjung. Dalam boat house ni ada tempat memasak, tilam dan bantal yang mencukupi, tandas yang selesa,set karoke dan kelengkapan memancing dan pelbagai lagi. Dah rasa macam dirumah sendiri kan? Apa lagi jom lah ke Tasik Banding ni!
Hutan Simpan Royal Belum
Di sekeliling tasik banding ni,adalah hutan simpan yang dianggarkan berusia beratus-ratus tahu.Kalau korang pernah lalu jalan Gerik – Jeli,korang akan melalui tepian Hutan Simpan Royal Belum. Dan kalau korang yang pernah lalu disini yang bertuah, korang akan nampak binatang liar seperti gajah,rusa yang bermain-main di tepi jalan.Kalau beruntung lah.
Di hutan Belum ni, ada khazanah yang amat ternilai sebenarnya.Kalau korang nak tahu,di sini ada terdapat Bunga Pakma iaitu bunga yang terbesar di dunia. Ada beberapa kawan aku dari KL yang dah merasai jungle trekking nak mancari bunga ni. Aku walaupun orang dekat, tak pernah merasai lagi.Tapi benda ni memang satu kebanggaan orang Gerik.

Cantik kan? Lagi cantik kalau kita dapat tengok dengan mata sendiri. Penat jungle trekking berbaloi baloi kalau dapat tengok dengan mata sendiri.
Puncak Banjaran Titiwangsa
Kalau pernah lalu jalan Gerik – Jeli untuk balik ke pantai timur,mesti pernah lalu puncak banjaran titiwangsa ni. Angin dia sejuk pergh.Memang best. Cuma bagi yang tak taham jalan berliku tumemang diharapkan banyak bersabar. Sebabnya memang jalan ni penuh dengan selekoh-selekoh yang bakal membuat kepala korang berpusing-pusing. hehe. Untuk pengatahuan korang kalau ada lagi yang tak tahu ni, banjaran Titiwangsa adalah banjaran tetinggi di semenanjung Malaysia. Tak banyak yang aku dapat jelaskan untuk point ni. Cuma mampu bagi gambar jer.

Jadi rasanya sampai di sini sahajalah dulu entri ini.Kalau ada yang nak merasa naik boat house tu korang boleh tinggalkan komen di bawah.Nanti aku akan update contact number orang boat house ni.
Tak payah berfikir bercuti ke luar negara.Sebab kalau korang dapat bercuti dalam negara semestinya korang dah banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara ni.Nak bercuti keluar negara sangat kan? Samalah macam korang dukbantu negara luar tu naikkan taraf ekonomi dia. Bukan tak kasi langsung keluar negara, cuma pentingkan dulu dalam negara. Banyak khazanah negara kita tak terokai lagi.okay? Harap kalau ada yang salah tu boleh di maafkan.
Ada banyak lagi tempat menarik di Perak ni. Kalau nak tahu boleh baca entri kawan-kawan saya di link yang mereka tinggalkan di entri INI. Seluruh tempat menarik akan di rungkai oleh blogger Perak di seluruh Perak.
{ 13 comments… read them below or add one }
bunga pakma tu memang cantik! serius. aku dah tgk 3 kali dgn mata aku.. 1st time tgk kudup dia, mcm kobis. aku nyaris nk sepak. nasib renjer aku tegur.hahaha
tapi ekceli, bunga tu bukan ada setiap masa. dan dia hanya akan hidup 3 4 hari je sebelum mati balik. nak tunggu kembang punyalah lama, nak mati kejap je. -.-
* kau lepas ni silalah masuk hutan tu.. hutan simpan gerik, banding, temenggor tu hutan paling bernilai dalam perak tau. sila bangga.
alaaa, nak jugak tengok dengan mata sendiri. jom kita pegi tasik banding jom???
memancing atas bot tu bukan idea yang best untuk aku join. teringin nak naik houseboat. tak pernah naik lagi..macam best je.
*tahniah kerana berjaya menyahut cabaran beloggerperak.com*
orang pun ada memancing atas house boat jugak. boleh karoke woo atas tuuuu
peehh..mcm jarang sekali plak aku datang sini komen..ekceli aku teringin nak pegi Tasik tu..:P
jom la.kita caik sponsor pastu kita lepak sana. chill2 semua.nnti sponsor aku cuba usahakan. boat house tu jela yang mahal sket
fuhh fuhhh nebesnye abang reez masuk komen blog ai. kehkehkeh
Program camping terbesar di Malaysia dan akan diadakan di Gerik, Perak! Sila lawati FB page http://www.facebook.com/myCampalooza ataupun website http://campalooza.blogspot.com. Moh kite meriahkan prorgam ini!!
yeaaaaa. jom ke Gerik!
pernah berkayak kat tasik banding 4 tahun dulu, wee wee
assalam, ada tak pakej lawatan ke hutan belum nie, mcmana nak contact.. sy minat nak pegi..
boleh x bagi no contact boathouse kt sana….saya dan rakan2 mau berubah angin mancing kt sana
ada cal saya 0194496141
Salam Untuk percutian 3 hari 2 malam pada 28 hingga 30 Jan 2012 berapa kadar sewa houseboat.. seramai 20 org kami dari btg kali selangor-