Powered by Max Banner Ads 

Kisah Abou Diaby Pemain Arsenal Yang Islam

by TheGarang on January 13, 2013

Luar biasa. Itulah kata yang tepat bagi pemain tengah Arsenal dan Perancis, Abou Diaby. Tidak hanya mahir mengawal bola dan memberi umpan kepada rakan pasukan dalam bola sepak, Diaby juga dikenali sebagai penganut Islam yang taat menjalankan ibadahnya sebagai seorang muslim. Mengagumkannya lagi, Diaby juga tercatat sebagai seorang hafidz penghafal al-Quran.

Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad memberitahu bahawa pemain tengah yang tengah bersinar di kelab gergasi London Arsenal itu sudah menghafal 19 juzuk Al-Quran. Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab dia berasa selesa berada dalam komunitinya.

“In conversation with Arsenal Footballer Abou Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur’an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abou Diaby di Ebrahim Collage semasa makan malam, seorang pemain bola sepak yang hafal 19 juz al-Quran) kata Mufti Muhammad kepada Diaby.

Diaby juga disebut-sebut sebagai salah seorang penderma di sebuah sekolah Islam terkenal di London. Di Ebahim Collage juga mendidik dan membimbing mualaf yang ingin mengenal lebih jauh ajaran Islam.

Dia juga aktif di pelbagai acara sosial, seperti malam amal untuk etnik Muslim Rohingnya.

Masih ada beberapa pemain bolasepak yang hebat bermain dengan beberapa kelab-kelab besar seperti Samir Nasri, Frank Ribery, dan ramai lagi. Tak akan kita lupakan lagenda bolasepak dunia yang juga beragama islam iaitu Zidane

 

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Powered by Max Banner Ads 

{ 2 comments… read them below or add one }

ohcikgu January 13, 2013 at 10:43 pm

ohh. mesti ramai yang tak tahu ni.
ohcikgu recently posted..Tutorial – How Make Ice Cream Like A Boss in 2 minutes?My Profile

Reply

Carlene N. Cleveland January 16, 2013 at 7:16 pm

Aktif dalam kegiatan kebajikan, prihatin sesama Islam London: Pemain tengah Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis, Abou Diaby, 27, ternyata bukan saja handal di gelanggang bola sepak, tetapi seorang penganut Islam yang taat beribadah.
Carlene N. Cleveland recently posted..No last blog posts to return.My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: