Powered by Max Banner Ads 

Pertandingan Lasertag Tertutup #TJLaserTag

by TheGarang on June 11, 2012

Gambar Lama Gua Join LaserTag

Salam pembaca semua. Dah lama gua tak datang sini. Macam mana pun gua tetap sayang blog pertama gua ni. Sebab ada yang bertanya-tanya bila gua nak update blog yang satu ni. Pembaca gua, motivasi gua. Serius terima kasih semuaorang yang support gua selama ni. Macam mana berubah pun gua, gua takkan lupa theGharang ni. Baca setail peghak yer yop.

Kalau mengkeme semua perasan la kan, entri sebelum ni pun gua update pasal event jugak kan. Gua memang gila event sket. Dan masa gua update ni pun gua ada nak promote satu event jugak untuk mengkeme semua. Event ni adalah satu Pertandingan Lasertag. Tahu apa lasertag? Kalau tak tahu meh gua explain dulu.

Lasertag ni adalah satu sukan indoor yang menyerupai permainan paintball. Cuma paintball ni dia main kat luar kan? Kat padang. Lasertag ni dia ada tempat dia tersendiri yang di panggil Arena. Macam mana nak main? Dia takda pakai benda lain selain sepucuk Senapang Laser dan sebuah Vest. Kira kalau orang tembak di beberapa tempat yang ada pada vest tu, orang tersebut akan mendapat point atau mata. Macam mana nak tahu mata kita berapa? Kat senapang laser tu ada mempunyai nama siri. Sebelum mengkeme tembak menembak tu, kena lah chek mengkema punya nama kt senapang tu, supaya boleh tau score mengkema selepas sahaja habis game. Yea, itu sahaja penerangan nya. Kalau nak main kenalah baca kt bawah ni. Sebab ada satu offer baik punya untuk mengkeme.

Pertandingan Lasertag Pertama Gua

Pada 7.7.2012 ni gua dan beberapa orang kawan gua akan membuat satu pertandingan tertutup Laser Tag yang di kenali sebagai #TJLaserTag di twitter. Kalau dah nama pun pertandingan, mesti hadiah menarik punyoo. Dalam #TJLasertag ni, gua dah membuat keputusan untuk memberi hadiah kepada pemenangnya macam kat bawah ni.

Tempat Pertama : RM 500

Tempat Kedua : RM300

Tempat Ketiga : RM150

Sharpshotter Awards : RM100

Amacam? Terbaik tak hadiah dia? Siap ada hadiah sharpshotter awards lagi, macam mana nak dpt gelaran tu? Senang jer, kumpulkan mata tertinggi dan gelaran tu confirm korang punya.

 

briefing time yaww

Ramai yang tanya gua berapa nak kena bayar kalau nak main. Senang jer, mengkeme bayar sahaja satu team RM60 iaitu team mestilah terdiri daripada 3 orang. Tak kiralah lelaki dua ke, perempuan semua ke. Itu terpulang, sebab takda diskriminasi jantina disini.

Cara Mendaftar

Kalau mengkeme semua rasa berminat nak merebut hadiah Rm500 tu, dan berminat nak merasa main benda lasertag ni, Mengkema boleh mendaftar dengan cara emailkan nama team mengkeme dan nama ahli team mengkeme ke amal@thegarang.com. bayaran pulak boleh dibuat di CIMB Amal Bin Abdul Rahman 08100068544521 dan attachkan bukti pembayaran tu di email nama team mengkeme  tadi yer. Kalau ada masaalah dengan pembayaran dan juga pendaftaran tadi tu boleh tweet gua kat @AmalEspraza atau call terus no fon gua 0133000325

Details Pertandingan

Mengkeme boleh baca details pertandingan kat bawah ni.

Tarikh : 7 Julai 2012

Tempat : Laser War Zone Ioi Mall Puchong

Masa : 9 Pagi

Satu lagi Gua nak bgtau, pertandingan ini hanya terbuka kepada SAHABAT BLOGGER dan bebudak yang aktif di TWITTERJAYA sahaja. Tapi gua longgarkan syarat ni sekurang-kurangnya seorang sahaja mesti mempunyai syarat diatas. Hehe.

Last gua nak masukkan pengenalan untuk mengkeme mengenali apa kah itu LASERTAG. Terima kasih kepada pihak LaserWarZone kerana sudi bekerjasama dengan gua untuk menjayakan pertandingan ini. Jom layan video! Video ni gua curik kt youtube jer


Macam ni lah dia punya cara main sket-sket. Tapi yang LaserWarZone ni dia punya arena lagi gempak yaww. Lupa pulak nak bagi tau, ada satu pakatan nak buat tshirt, dan designnya adalah yg kt bawah ni

Kalau ada yang nak beli boleh kontek gua kt email jugak yer. Sorry panjang pulak entri ni. Babaiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Powered by Max Banner Ads 

{ 3 comments… read them below or add one }

azriMy June 11, 2012 at 12:46 am

tshirt ni letak harga RM5 confirm beli punya lah :)

Reply

TheGarang June 11, 2012 at 1:55 am

nape cmtu?

Reply

TheAimanK June 28, 2012 at 9:34 pm

Berapa harga tshirt tu? nampak gempak pulak.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: